Ahad, Jun 28

angin baru...

ari nie 1st day kat sepital tg karang... emm.. kesimpulan tuk 1st half day about this sepital

yang baik2 pasal sepital nie....

1. staff yg friendly..
2. masakan kantin yg sedap..
3. toilet yg cantik dan bersih..
4. line tenet yg bagus...

yang tak best pasal sepital nie....

1. opis yg sempit (sgt sempit)
2. membuat keje2 yang tak adventure langsung.. [jaga stor alat tulis.. filling surat2 jabatan n ade ker wat suh siapkan buku tuk PAP despes :( ]
3. paling sedeh sekali.. pc ku tak de usb port... so saaaaaadddddd.... masih pakai disket... ade ker patut... skrg mane ade pc pakai disket lagi... nie 1st time jumpe..
so tak de ler boleh download gmb...

Rabu, Jun 24

ta daaaa....


sesuai tak... pinjam anak buah sat..





Selasa, Jun 23

babai Sepital Sabak Bernam

29hb nie aku kene lapor diri kat Hospital Tanjong Karang... mcm sedeh... mcm best ... tak tau lah nak kate mcm mane perasaan nie...

pejam celik pejam celik (seb baik celik) .... genap lah service aku kat sini selama setahun.. mcm2 suke dn duka.. setakat nie.. kes sakit hati tak ade lah sgt.. biase lah ragam manusia.. layan jer...

yg best keje sini.. bos tak ade strict sgt.. asalkan keje beres.. on time.. tak ontime pun bleh excuse.. tp mesti selesaikan.. pastu.. keje sgt bebas.. mcm tak de pressure.. kekadang je.. hikhikhik... staff yg lain pun very nice... baik2 belaka..


ni pintu masuk ke opis aku.. unit pentadbiran / perkhidmatan




nie meja aku.. bersepah maksud nyer banyak keje.... emmmmm (mengeluh panjang) atau tak de keje... saje suka sepah kan meja.. hahahhaha


nie pantry kesayangan aku... nie lah tempat lepak.. makan2 minum2... gonna missed this place..

p/s: akan kurindui tempat keje first time as goverment servant..

Rabu, Jun 17

Larangan layari laman web di pejabat...

Datuk Seri Najib Razak berkata, sebanyak 39 laman web dan blog yang berunsur lucah dan berbaur hasutan dilarang dilayari oleh pegawai dan kakitangan kerajaan di pejabat.

Perdana Menteri berkata, kakitangan awam juga dilarang melakukan 15 aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan internet seperti termaktub dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilang 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi kerajaan.

Ia termasuk menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke internet di pejabat kerana ia melanggar tatacara penggunaan internet; merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses pengguna lain untuk mencapai sistem komputer dan mendapatkan maklumat serta mengubah komponen sistem tanpa kebenaran.

Selain itu memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen; menyedia dan menghantar maklumat berulang adalah gangguan juga disenaraikan.

"Aktiviti menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks, ucapan, imej atau bahan yang mengandungi unsur lucah selain menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat internet yang membabitkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej kerajaan juga melanggar tatacara penggunaan internet," katanya menjawab soalan bertulis Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Kok mahu mengetahui sama ada kakitangan kerajaan mempunyai kod etika penggunaan laman web kerajaan di pejabat.

Najib berkata, aktiviti lain yang dilarang ialah menyalah guna kemudahan perbincangan awam atas talian; memuat naik, turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara.

"Memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan, menggunakan kemudahan sembang, menggunakan internet untuk tujuan peribadi, menjalankan aktiviti komersial dan politik.

"Melakukan aktiviti jenayah, menyebarkan kod perosak yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain, memuat naik, turun dan menyimpan kad elektronik, video dan fail bersaiz 10 Megabait yang boleh menyebabkan kelembapan perkhidmatan dan operasi komputer," katanya.

Najib berkata, pekeliling mengenai perkara itu boleh dicapai di laman web Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) di http:// www.mampu.gov.my. Laman web dan blog berunsur hasutan termasuk fitnah ialah www.shilesjack.com disekat.

"Ada beberapa laman web dan blog yang dalam siasatan polis tetapi masih belum dikenakan tindakan larangan melayari. Sehingga kini sembilan suspek diambil tindakan iaitu lapan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan seorang oleh polis," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan bertulis dikemukakan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Perdana Menteri berkata, Bank Negara Malasia (Bank Negara) sentiasa memantau pematuhan terhadap garis panduan yang dikeluarkan ke atas pengeluar kad kredit dari semasa ke semasa.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, jika ada ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan, Bank Negara berhak mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat kad kredit mengikut akta Sistem Pembayaran 2003


p/s: aku salah seorang penjawat awam yang suke bertenet... hahahahaha

Selasa, Jun 16

si pipi merah!!

on 12 june 2009... lahir lah seorang khalifah Allah s.w.t ke atas muka bumi yg bertuah ini.. die ialah si pipi merah.. which is my lil niece.. yg sebijik mcm mak die.. pipi tembam.. mata sepet.. that her mother n father nak letak nama die after 7 days birth.. due to sunah nabi.. so my akak call her si pipi merah.. sbb dah tak tau nak panggil ape..


yg nie opah die.. mak cakap baby dalam perut duk dlm kedudukan mcm nie.. eeee... geram nyer






comel sgt.. n aku ade g ceramah ismail kamus.. die pesan.. Jangan cium anak semasa tidur.. dikuatiri nanti menjadi anak yang degil... sorry niece.. makcik terlupe.. sbb kamu comel sangat..

p/s: teringin nak anak sendiri..

Selasa, Jun 2

Tg karang wait for me!!

last monday... aku received gud news.. yg aku pun tak sangka secepat nie..

mase tu ade sorang Pembantu Tadbir lapor diri dari HKL.. tak de lah excited sbb kat sini pun ade 1 kusi kosong tuk PT.. lagi pun takde ape2 surat dr Pej. Negeri.. pastu dah dkt ptg dlm kul 4.. semue org pun dok senyum2.. nyakat2.. kate yg aku tak de can nak g Tg karang..

aku mmg suke keje kat sini.. walaupun dok jauh nun selangor sempadan perak.. tp org sini sgt peramah.. bos pun best.. tp disebabkan kos sgt tinggi.. dgn road tax nak mampus jap lagi.. maka kalau dpt pindah cpt mmg best lah..

tup tup.. dpt surat yg mane surat tu ade name aku.. Noorul Dila bt. Jamaludin berpindah ke Hospital Tanjung Karang.. melompat anak2 itik lah kesukaan... syok giler.. mmg hit the right time lah..

maybe lepas nie leh beranak ramai2.. sbb dah tak travelling jauh2 lagi.. hahahahaha

Hospital Tg Karang... tunggu aku ek.. best kot keje sini..